Pages

My Beloved Family

My Beloved Family

Thursday, July 7, 2011

~CiNt@~

~CiNt@~
Kau hadir tanpaku duga,
Kehadiranmu telah memberikan aku 1000 makna,
Walau tidak ku sedar sedari mula.
~CiNt@~
Engkau telah merubah hatiku dikala aku telah menutup pintu hati ini untuk siapapun,
Walaupun terang aku menyatakan bahawa aku tidak cintakan dirimu,
Namun sekadar senang dengan kehadiranmu.
~CiNt@~
Engkau tidak berputus asa untuk membuka hatiku untuk menerimamu,
Walaupun pertemuan kita melalui orang tengah yang telah dipilih oleh Allah.
~CiNt@~
Layananmu terhadapku telah merubah hati dan perasaanku,
Tatkala aku sedar bahawa ini semua adalah takdir antara kita,
Aku mula membuka hatiku dan cuba menerimamu seadanya.
~CiNt@~
Keikhlasanmu terserlah walau dirimu menyatakan bahawa engkau tidak pandai bermain kata-kata,
Aku sedar akan ikhlasnya dirimu terhadapku,
Lalu aku memohon petunjuk Ilahi agar semuanya jelas.
~CiNt@~
Takdir telah menunjukkan bahawa kita ditentukan untuk bersama,
Dengan petunjuk yang diperoleh,
Aku yakin untuk menerima dirimu sebagai pembimbingku.
~CiNt@~
Terima kasih di atas kasih dan sayang yang engkau berikan,
Dan terima kasih juga kepada Penentu yang telah menciptakan dirimu untukku yang tidak sempurna ini,
Harapan ku agar engkau dapat mengisi ketidaksempurnaanku ini.