Pages

My Beloved Family

My Beloved Family

Friday, August 27, 2010

‘Melawan’ Marah dan Murung

(Emosi manusia seperti marah dan murung disebut berulang kali dalam al-Quran. Kedua-duanya dapat dikaji dari sudut saintifik dan kerohanian. Ia harus dikaji dalam konteks keganasan yang menjejas umat Islam. Pakar otak (endokrinologis) ternama dari Amerika Syarikat, Dr. Shahid Athar, mengungkapkan pengertian dua perasaan negatif tersebut).

Apabila Allah s.w.t. menciptakan manusia, Dia membentuk perasaan dan kehendak dalam diri manusia yang dinamakan naluri. Ini termasuk nilai membina seperti mengenal pasti kebenaran dan memancarkannya, kasih dan ihsan serta keinginan fizikal seperti dahaga, lapar dan keperluan seks.

Ada juga nilai negatif atau merosak seperti marah dan benci yang membawa kepada tindakan ganas dan murung. Para malaikat yang menyaksikan penciptaan Adam sedar akan nilai negatif tersebut dan menyoal penciptaan manusia yang akan membawa ´kerosakan kepada bumi´ (Al-Baqarah: 30).

Allah Yang Maha Mengetahui, bagaimanapun, mewujudkan mekanisme perlindungan bagi melawan naluri negatif tersebut.

“Insan diciptakan lemah”, demikian maksud ayat al-Quran. Sewaktu lemah, kita terdorong oleh pesona musuh iaitu syaitan yang akan menyerang kita dari depan, belakang dan tepi´ demi memesongkan kita daripada sentiasa mengingati-Nya.

Jelasnya, marah bukan saja suatu yang tidak fitrah, malahan merupakan peluapan yang salah kerana mengakibatkan pelbagai masalah. Marah merosakkan fikiran. Ia merampas pertimbangan, membawa kepada murung, gila dan tindakan yang salah.

Sewaktu marah, seseorang boleh menjejaskan secara zahir atau lisan ke atas orang lain yang dikasihinya, melukakan makhluk lain. Atau sewaktu murung iaitu takat tinggi marah, seseorang mungkin merosakkan dirinya sendiri seperti membunuh diri.

Apabila marah ditujukan kepada sekumpulan orang, ia boleh menjadi keganasan sama ada terhadap manusia berlainan agama atau negara.

Pengisian fitrah kehendak atau keinginan, sama ada makanan atau seks adalah syarat bagi mencegah kemarahan. Ada banyak kimia dan hormon yang mempengaruhi rasa dan perilaku kita. Sudah diketahui bahawa hypoglycemiadanhyperthyroidism merupakan kimia yang mencetuskan rasa tersinggung dan marah. Jadi, kita mesti memelihara imbangan hormon kita agar selesa rohani kita.

Nabi Muhammad s.a.w. diutus kepada manusia demi mengajarkan adab. Baginda sering bercakap mengenai peri perlunya mengawal marah. Seorang sahabat bertanya kepada baginda, “Berikan aku nasihat ringkas agar aku meraih kebaikan di akhirat kelak.”
Ujar Rasulullah, “Usahlah marah.”

Pernah baginda bertanyakah sahabat, “Siapakah antara kamu yang terkuat?”

Maka mereka menyebut orang yang hebat dalam gusti.

Maka Rasulullah membalas, “Bukan begitu. Yang terkuat ialah orang yang dapat mengawal kemarahannya.”

Perlu dibuat perbezaan antara marah sebagai tindak balas semula jadi kerana kesalahan atau membuang agama dengan marah yang sia-sia kerana berdendam.

Sewaktu berperang, Saidina Ali s.a. dicabar oleh seorang ketua musyrikin. Ketika Saidina Ali bakal memancungnya, si musyrik meludah ke muka baginda. Saidina Ali bangkit dan meninggalkannya. Si musyrik hairan dan mendapatkannya: “Mengapakah tuan tidak membunuh saya?”

Saidina Ali menjawab, “Aku tidak memusuhimu tetapi aku berperang kerana menentang kemusyrikan demi Allah. Jika aku membunuhmu selepas kau meludah mukaku, maka aku melakukannya kerana balas dendam yang tidak aku perlukan.”

Serentak itu, ketua musyrik itu menganut agama Islam.

Apakah yang terjadi kepada kita ketika marah?

Degup jantung dan tekanan darah meningkat kerana kesan limpahan adrenalin dalam sistem tubuh. Kekuatan zakir kita meningkat sedang kekuatan batin merosot. Kekuatan intelek merosot sehingga kita tidak menjadi normal lagi. Anggota tubuh kita sudah tidak terkawal lagi. Maka lidah, tangan dan kaki kita menjadi tidak keruan.

Marah membawa murung, menjejas jantung dan hubungan antara manusia, apatah lagi dengan Tuhan. Ia menjejas masa depan seseorang.

Ubat pencegah utama ialah usah terlalu peka kerana tersinggung. Ada orang berbuat sesuatu demi mengelakkan diri daripada tersinggung. Selain berzikir atau bertafakur, ada cara lain.

Rasulullah menasihatkan seorang suami agar minum seteguk air tanpa menelan atau meluahkan ketika marahkan isterinya.

Umat Islam percaya bahawa marah itu perbuatan syaitan. Allah berpesan kepada kita agar mendapatkan perlindungan-Nya.

Rasulullah menasihatkan kita duduk dan baring agar marah kita tidak mengakibatkan kita memukul orang lain.

Lawan marah ialah rasa kasih. Itulah sebabnya setiap ayat al-Quran bermula dengan ´bismillah´ yang menyatakan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah.

Jadi selain berzikir menyebut ´Ar-Rahman´, “Ar-Rahim´, umat Islam juga digalakkan menyebut ´Al-Halim´. Kita disuruh sentiasa dalam wuduk atau mengambil wuduk, atau mandi air sejuk ketika marah, mengingati mati dan akhirat.

Jadi, halakan rasa hendak marah dengan melakukan hal-hal lain. Amalkannya jika orang marah, kita membalasnya dengan meminta maaf dan menyatakan rasa kasih kita.

Murung adalah keadaan fikiran yang amat dukacita dan berasa tidak berguna. Ia merupakan tahap marah yang tidak dilampiaskan sehingga memakan diri. Ketika itulah rasa ingin bunuh diri menyelinap.

Ketika murung, berlaku ketidakseimbangan kimia atau keadaan psikotropik akibat kekurangan hormon amine, epinephrine, norepinephrine dan dopamine. Penyakit seperti kelenjar leher (hypothyroidisme) dan Addison juga menimbulkan rasa murung.

Ingatlah hidup ini uji-ujian untuk benar-benar layak memasuki syurga sehinggalah Allah mengingatkan kita: “.... berikanlah peringatan baik kepada mereka yang sabar, ketika dilanda kesukaran, kerana kita adalah milik-Nya dan kepada-Nya kita kembali.” (Al-Baqarah: 15).

No comments:

Post a Comment