Pages

My Beloved Family

My Beloved Family

Friday, March 4, 2011

Tips Pilih Cermin Mata Yg Sesuai



  •  Muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

  • Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

  • Muka bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.

  • Muka empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.

  •  Muka bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

  • Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

  • Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.


No comments:

Post a Comment