Pages

My Beloved Family

My Beloved Family

Sunday, September 4, 2011

Kasih yang tak mungkin bersatu


Kau dan aku ditakdirkan untuk kenal dan bertemu
Dilalui hari2 dengan gelak tawa masing2
Walau cuma dari jauh..

Tanpa kita sedar suatu perasaan datang tanpa di undang
Entah sejak bila ia wujud, kita sendiri tidak tahu
Kenapa dan mengapa semua ini terjadi sedangkan masing2 sudah ditetapkn seseorang untuk menjaga dan dijaga..

Apakah ini semua ujian dan dugaan bagi diriku
Apakah ini untuk menguji  diri ku
Aku tidak pasti..

Ya, tidak dinafikan memang aku suka padamu
Tapi aku tidak tahu adakah wujud perasaan cinta dalam hati ini
Dan aku juga tidak tahu perasaaanmu yang sebenar..

Engkau sering berkias, engkau sering bermadah
Sehinggakan aku menjadi tanda tanya apa maksud disebalik madah2 mu itu..

Apakah ia seperti apa yang aku fahami atau ia sekadar gurauan jiwa
Apakah kau serius dengan apa yang kau katakan
Aku sendiri tidak pasti dan aku yakin engkau juga tidak pasti..

Kita tidak tahu keadaaan yang sebenar
Bagiku lebih baik kita akur dengan apa yang ditetapkan untuk kita agar segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah di masa hadapan..

Aku memohon berjuta maaf kerana tidak sengaja memaut hatimu
Dan aku memaafkanmu kerana dengan tidak sengaja merindui dan menyayangiku..

Biarkan aku melangkah kaki untuk pergi jauh darimu kerna ku tahu kasih kita tidak mungkin akan bersatu...

2 comments:

  1. jika hari ini ada 10 orang menyayangimu..... aku adalah salah satu daripada nya.... sekiranya suatu hari nanti tiada lagi yang menyayangimu... itu bermakna... aku sudah tiada lagi didunia ini...
    "CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI"

    ReplyDelete
  2. lebih baik kita akur dengan apa yang ditetapkan untuk kita agar segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah di masa hadapan..
    hahahaha.... apa pon x boleh

    ReplyDelete